Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung, ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. Karena ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
- menundukkan musuh,
- menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit,
- menghindarkan ganguan makhluk halus,
- menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri.
- menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit,
- menghindarkan ganguan makhluk halus,
- menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri.
Batu
Panca Nur atau Panca Warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih
dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna,
yaitu merah, hijau, kuning, hitam, dan putih. Karena mempengaruhi
kekuatan lima panca indera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah
apabila dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini
kekuatannya mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada si pemakainya,
- Memancarkan seri kewibawaan, lalu akan dihormati oleh orang sekeliling,
- Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai ,
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita,
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada si pemakainya,
- Memancarkan seri kewibawaan, lalu akan dihormati oleh orang sekeliling,
- Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai ,
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita,
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
BATU LAFADZ adalah batu yang
berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semula, seperti kalimah Allah atau
huruf-huruf kalimah serta berbagai gambar lainnya. Amat jarang ditemui
di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati
dan meneliti sepenuhnya karena terdapat banyak batu-batu campuran yang
dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.
Adapun Manfaat atau Kegunaan Batu Lafadz yang bertuliskan Lapadz Allah:
- Meningkatkan daya spiritual,
- anti syirik,
- keharmonisan,
- kedamaian,
- keberuntungan,
- pengobatan segala macam penyakit,
- kemudahan dalam segala hal ( dengan seizin Allah ).
Adapun Manfaat atau Kegunaan Batu Lafadz yang bertuliskan Lapadz Allah:
- Meningkatkan daya spiritual,
- anti syirik,
- keharmonisan,
- kedamaian,
- keberuntungan,
- pengobatan segala macam penyakit,
- kemudahan dalam segala hal ( dengan seizin Allah ).
BATU
SERAI hanya diperolehi dari pokok serai kampung yang berbunga atau pada
tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk
jelasnya, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan
bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan
jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk
mengambil batu-batu yang terdapat dibagian bawah perdu pokok serai
tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya
orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu
serai. Terdapat berbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna
merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.
Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
Emrald
atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi
ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui
batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual.
Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9.
Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang
dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang
dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/
paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya
boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau zamrud
merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam
bulan mei. Walau bagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa
sahaja tanpa mengira bulan kelahiran. Pada masa dahulu, zamrud hanya
dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar negara sebagai
simbol keagungan dan kekuasaan.
Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.
Batu
badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah
sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya,
batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali
batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi
khasiat dan kelebihan yang banyak. Batu badar besi mengandungi unsur
ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu
kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar
besi banyak dijumpai didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika yang
mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar
ratusan tahun dahulu.
Cerita
masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak
sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan
kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi
pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.
7. BATU KECUBUNG
Amethyst
yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna ungu.
Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana
wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas
amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst
atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung dipercayai
telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang
berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil,
Uruguay, Siberia, Russia dan India. Batu Kecubung merupakan batu permata
yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar
negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna
yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling
berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst
merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari.
Dimata
umum masyarakat, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk
pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.
Ruby atau batu delima merah
dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa
dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali sebagai
"king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan
seantero dunia. Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat
melayu kerana kecantikan fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya,
batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan
merah hati (merah tua). Delima adalah batu permata yang sangat keras
dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular
tentunya berasal dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan
kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima
yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika
selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby atau
delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada
bulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima
merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk
pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau
pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan
orang ramai patuh pada pemakainya.
Kelebihan
Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal
umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau
batu delima terbaik adalah dari negara burma dimana harganya mengikut
timbangan karat.
Batu
mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam
kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada
batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini
sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak
terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda.
cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai
kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs. Ini kerana batu permata ini
sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal. Cat's eye yang
baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila
membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada
di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup"
apabila batu itu dicondongkan.
Kelebihannya
dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan
menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura
penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar
penyakit fizikal dan mengelak sihir).
10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)
Batu Tiger Eye juga dikenali
sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini
diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila
dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung
tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan
hitam dan campuran coklat serta oren. Kekerasan skala mohs bagi batu
tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika
selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger's eye
sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan
masyarakat.
Khasiat dan
kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan
digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata
sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga
dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.
Batu jarum mas termasuk dalam
kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz.
Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah
jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum
mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya
terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah
seperti bentuk jarum. Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan
nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak
didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada
ukuran 7 skala Mohs. Terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan
yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli
Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang
besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara,
Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.
Nilam juga biasa disebut
sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan
sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk
diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal
aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup
tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini
banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan
Indonesia dan juga Afrika. Batu permata Nilam yg terkenal didunia
adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral
dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza
menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna
hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam
berwarna biru. Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini
diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan
kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan
hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk
menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya.
Keistimewaan
dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan
aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone
atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan september.
Batu Pirus
juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata
sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang
menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran
mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan
terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan
kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang
menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi. Batu pirus
direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia
banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara
Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40
tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana
keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik
dan cantik. Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya
dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang
tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya.
Khasiat
yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses
penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura
kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.
HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA
Sebagai
seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada
Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan
kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat
melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun
apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin
Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh
difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.
Batu
atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah
yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang
bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat
dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu
(berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah
fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu
tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang
ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah.
Jadi
janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua.
Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat
pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan
anda selagi anda tetap diatas jalan Allah.
Trimakasih.Sangat Bermafaat keterangan nya.
BalasHapusSaya Suka Dan Merasa Senang Dpt Mengetahui,Arti Dr Pada Sebuah Batu Mulia
BalasHapus